21 Disember 2010

Minggu exam bakal kembali...

adushhhhhh!!! tension + pening nya kepala aq..
mgu depan dh MIDSEM...
huhuuhuhuhuh...
dh lah sume sbjek berat2..
walaupon kebykn sbjek 2jam kredit tp dh mcm 12 jam kredit dh aq tgk...
huhuuhuhuhuhuh
mcm mne nk jwb exam mgu dpn...
pening2.....
so for exam week,aq akn menggalkan blog aq ni selama 2 mgu bg menumpukan perhatian...
hahahahahhahaah
semoga aq n rakan2 ku akn dpt wt yg terbaik tok exm kali ni...
selamat tinggal blog......


mood: TENSION




ni just gmbar semata2...aq xmcm ni k..hahahahahha...^_^

handfon terbaru...

wahhh keterujaan melanda cz dpt nset baru....
bukan senang nk dpt fon bru...
hihiihihih...
walaupon pda mulanya aq memg xbermnt ngn fon ni tp lme2 tu jd mnt lak...hihiihhiih
mgkin sbb sblum ni xreti nk pkai but skrg dh bolh n pandai gune lah...hihihiihih...
cehhhh ni aq nk tunjuk kan fon bru kt sume...hihihihi
tp tu lah aq pakai fon ni kene bersyarat...
biar lah aq je yg thu syarat nya....hahahahhaha....
pape pon thank 4 my hubby cz hadiah kan fon ni kt aq...hihihihi
insyallah aq akn cbe yg terbaik tok exm kali ni k....


fon terbaru:
blinkk...blinkkk.....


      



ni dy fon aq yg terbaru...
colour pon sme iaitu warna biru...hihihiihihi
wahhhh!!!!!!!! dh lme gler rsenya x update blog ni..maklumlah bz memanjang...uhuhuhuh
assgment berlambak2,amali n presentation lg...
huuhuhuhuh...
eeeeemmmm sem ni memg penat sgt...
dh xde mse nk melepak,nk berblogger n on9 fb...
uhuhuhuhuhuh.
dh tu bwk sbjek yg berat2 lak tu sem ni..
makin berat kepala otak aq..uuhuhuhuhu
emmmm nti dh mgu exm lg lah aq xupdate blog ni cz kne stdy..huhuhuhu
emmm dh lah sbjek sush2 belaka....
pening2...hihiihhiihihihih


              mood aq ari ni:huhuhuhuhuhuhu
               Blink.....blinkk.....

 

kepenatannnn....

09 Disember 2010

Aku hanya wanita biasa

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak.. 

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa.. 

08 Disember 2010

Jika Terfikir Lakukan Maksiat...

Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual.  Lantaran itu hasil kerja professional Syaitan dan itu juga ajakan nafsu kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit pasakkan dalam hati dan minda akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :
  1. azab api neraka, 
  2. azab kubur, 
  3. mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan 
  4. kejauhan dari rahmat Allah swt serta 
  5. tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w 
  6. dan lain-lainnya.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat  banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-
  1. penceraian akan berlaku akibatnya, 
  2. pasangan zina mengandung, 
  3. bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu, 
  4. mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya, 
  5. apa akan jadi kepada anak-anak ?, 
  6. kejian masyarakat, 
  7. ditangkap basah dan diumum di media, 
  8. adik beradik mengeji, 
  9. akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS & mati, 
  10. dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat,
  11. mati ketika zina dan khalwat dilakukan, 
  12. dan banyak lagi boleh disenaraikan.

Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.

KAWALAN
Panduan Kawalah nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-

  1. Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.
  2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.
  3. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
  4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
  5. Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja.  Begitulah seterusnya.
  6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
  7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.
  8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.
  9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.
  10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.
  11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan
  12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
  13. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.
  14. Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir,  najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS  dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.
  15. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit.  Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.
  16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera.  Kerana itu Allah swt mengingatkan :-

وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu    yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )

17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.
18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.
20. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.
21. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10).....
Assalamualaikum & Salam Peringatan,

Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali,  wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

07 Disember 2010

rintihan hati...

emmmm....
sush kn kte nk cri someone tok phm dri kte....
kdg-kdg bler dh jmpa,msti xlme....
kdg2 lak dr musuh leh jd rpt n dr rpt leh jd musuh...huhuhuhu...
apa yg aq mksd kn adalah KAWAN...
knp yerk,kwn slu pergi dri kte ble kte perlukn dy....
tp sahabat sentiasa bersama dgn kte bler kte perlu kn dy....
disini mempunyai 2 mksd yg berbeza....
SAHABAT dan KAWAN adalah satu bnda yg berbeza....
kawan akan berada ngn kte bler kte sng jew tp klu shabt akan ada ngn kte selamanya....
KAWAN yang baik sush untuk dicari krana dr KAWAN mungkin boleh jadi LAWAN...
Hidup ni penuh dgn dugaan dan konflik tapi konflik yg sering kte hadapi adalah konflik dgn kwn..Hal ini kerana kwn adalah org yg kedua rapat dengan kita selepas keluarga...Kawan ni kdg2 boleh kte jd kn contoh untuk berjya tp kdg2 kte perlu jd penasihat untuk kawan....tetapi kebanyakan rakan @ kawan sukar untuk menerima teguran.,,kaadng-kadang juga suka menuduh @ menfitnah kawan sendiri...kdg2 kwn boleh Tikam kwn sndri dr belakang....sebagai seorang kwn dan sahabat,kita haruslah sentiasa berada dengan kawan kita xkre dlm keadaan susah atau senang....Dalam istilah kwn,tiada batas perbezaan....tiada istilah pilih kasih @ memilih...kawan ada lah seorg manusia yg sme je dgn kte...dia adalah makhluk ALLAH yg sme seperti kte dan dikurniakan akal...so klu bersahabat,biar lah ikhlas...bukn kerana alasan...
so wahai kwn2 di luar sne => jadilah seorang kwan dan sahabat yg bolh dipercayai dan seorg yg amanah kerana kepercayaan n kejujuran dlm persahabatan amat pentg...jagn lh kte menghilg kn title 'SAHABAT YG BOLEH DIPERCAYAI' dlm diri kte....hargai lah kwn @ sahabat yg sentiasa ada ngn kte n berkongsi sush dan seng bersama..

           


semoga aq n sahabat @ kwan2 aq akn terus jd kwn selamanya tanpa ada sengketa @ perbalahan antara kami.....amiinnn

06 Disember 2010

Wanita!!!!! jgn biarkan diri anda dieksploitasi..

Punca Kretakan Rumah Tangga Yg Sbnarnya Sudah Wujud Dr Sblm Pernikahan

Cinta i2 suatu yg sgt indah... Terutama bg wanita..
Smua wanita mndambakan suami yg baik...
yg mampu membimbing mereka ke arah kebenaran..

Pd pandangn wanita...ciri2 lelaki yg baik dan bleh dijadikan teman hidup ialah:

1-lelaki yg taat pd parents..

mmg btul..ank yg soleh sukar dicari..n antara ciri2 insan yg mulia ialah mereka yg mntaati ibu bapa... Biasanya...apa yg girl fikir,
"ok....dia taat parents dia..tanggungjawab....msti dia akn jd suami yg brtanggungjawab jg after kahwin.."

Dlm pandangn boy ..."ok...aku wajib taat parents aku...so, istri aku msti taat aku".

Ok...masalah skrg ni ialah..majoriti lelaki nak istri taat parents dia n taat dia.. Jd suami tu akn sntiasa lbihkan family dia. Dia nk istri tu just serve family dia...
TAPI, ada tak kita sdar......mmg btul, istri wajib taati suami..tapi suami jg wajib taati parents istri sbagaimana kita taati parents kita....
Yg mmbuatkan gaduh..sbb suami tak sdar kwajipan dia pd parents mertua after nikah..

p/s: Boys.. Jgn lupa..Allah i2 adil...Dia suruh istri taat anda..but anda kna taat parents mereka..so pndai2 ar... Jgn merosakkan title anak soleh after kahwin smata2 sbb anda BUAT2 TAK PERASAN yg rupanya parents mertua tuh dah jd tanggungjawab bersama... Wallahua'lam...

2-lelaki yg kuat agama.

pd wanita...lelaki yg kuat agama (dr cra berpakaian yg dia nmpak) mampu mmbimbing wanita..

Tapi after married...gaduh teruk2  jg... knp ekk????

Sbb....tak smua org yg berpakaian alim i2 bnr2 tguh pegangn agamanya.. yg mudah ditemui ialah lelaki yg kuat agama tapi tdk kuat hatinya...
Meraka riak disebalik kearifan mereka ttg agama...
Cth plg mudah n biasanya...
Lelaki nak istri ikut ckp dia krn pd pmikiran mereka...mereka lbih hebat dr wnita...mereka layak mengimamkan tapi tak layak dimakmumkan oleh wanita...
So.... "I'm better than u, girlz..."'

p/s: Boys,tak ingt or wat2 lupa kowt...mak anda pun perempuan jg...kalau btullah anda lbih hebat dr mereka shingga pndapat mereka tak lyak didengar..knp tak ayh kita sj yg lahirkan kita??? knp msti mak???

Rasulullah s.a.w. sndiri tdk pernah merendahkan darjat wanita...malah Allah syg pd wanita...buktinya... Surah An-nisa'...


3-lelaki yg tak pernah berkasar pd perempuan.

Ini perkara plg biasa ar...
sblm kahwin....muka mcm madu..
After kahwin, muka mcm hempedu...

Girlz...4 ur info...lelaki adalah pakar dlm lakonan... Antunna msti sgt selesa dgn lelaki yg bermulut manis... Daring..caring... But...frankly....
"wktu mula2 nk ngorat...akulah malaikat mu...tapi bila dah dapat..ko pun gilakan aku... so, 4 sure...aku treat ko cam mana pun, ko still akn terhegeh2 pd aku. So..tak perlulah aku nk wat2 baik agi...sbb ko sndiri yg kta,
"wak....saya sggup tunggu awk..saya yakin awk akn brubah"...
Hah,ha,ha....".

p/s: Boyz...jgn wat2 tak ngaku...nk cri 1 dlm sjuta yg btul2 tak pernh hipokrit pun susah...btul tak? tny je ar diri anda sndiri... (n jwb ar dlm hati sndiri). Wanita i2 asalnya dari rusuk kiri kita... sepatutnya ditatang krn ia yg melindungi jantung kita... Tapi apa yg jd skrg ni... Wallhua'lam...

4-yg mmpu layan wanita tu shopping n jalan2..

pd gurlz...
"siyes...jarang jmpa lelaki yg sggup shopping sma2 smbil snyum2 plak agi... Ohhhh...he's so sweet..."

pd boyz..
"fuh..bangga giler  sume org nampak aku ada awek yg cun n seksi..."

thats why..after kahwin..bila istri ajak bli brg dapur..muka cam mangkuk tandas...
jalan pun jauh2...
"malu beb....nak gak act sngle..malu giler org tgk bini aku yg bsar tong drum nih..
siap ada selulit yg lebih byk lapisan dr akuh. Mcm tpiple shees burger!! Jtuh reputasi..."

p/s: gntlemen...tgk2 ar prut sndiri dlu... jgn ar bg byk alasan karut..cam...
"lelaki gmuk tak apa...".
sama sj, wei.... Ingt2 ar....wanita slalunya jd chubby pown sbb susah payah ngndungkan ank kita....mmg kulit perut mereka yg dah jnuh2 tegang n mmbesar tuk tampung ank kita waktu mngndung tu susah nk jd ramping blek... fikir2 sndiri ar...getah yg mmg kenyal pun susah nk blek ke bntuk asal jika kita tegangkan 9 bln..inikan lg kulit manusia yg tak kenyal mana pun..
Tak mmpu ana sgkal...lumrahnya kita mmg gatal, nk prmpuan yg cun je... tapi Allah bg kita akal tuk kawal kgatalan tu...
Ingt ar blek..waktu kita mula2 ngorat gurlz tu dlu..bria2...dah dapat...ini yg kita balas ke? Ini tuk diri ana sndiri n brothers yg lain..(Smoga Allah jg kita dr terlalai..
Amiinn....)

5-yang mampu dgr luahan hati.

Sebelum kahwin...
"aku nk tahu evrything ttg girl nih... Kalo bley, brapa helaian rambut dia pun aku nk tahu... hah,ha,ha...."
(waktu tgh angau ar katakan...)

Girl pown seronok ar...
"wak...awk lah pendengar stia saya.... bila crita kt awak...sy rasa tenang..hilang masalah saya... Awk sgt memahami..."

Cam lawak pun ada bila dgr ayat tuh dr mulut girl...
Frankly...mmg ar kitorang nak dgr...sbb kitorang admire awk... klu bleh..sgala2nya kmi nk tahu ttg awk.

jujurnya..lelaki, bila suka mana2 girl....curious  tahap icu nk tahu evrything ttg girls tuh. Spy bleh tahu klmahan girl tuh n apa lgkah2 yg bleh diambil utk buatkan girl tuh cair n mudah layan boy tersebut...

After  kahwin.. "tlg lah......abg tak larat dgr awk berleter...bleh bernanah tlinga"..
p/s: Boyz....bkn ke dlu leteran deorg tuh ar pnawar rindu....leteran tuh ar luahan hati... Hmmm.....(speechless).




6-plg pnting pd wanita...(apa yg ana tahu ar) lelaki yg setia..

Situasi plg mudah...

"Boy nih 24 hours ngn aku...jadual dia...
study-dating ngn aku...
Untungnya...dpt bf stia cam dia nih...dr dlu tak pnah brubah hati".

Gurlz....sure ke, mntang2 dah brtahun2 ngn anda....slalu dating sama2 plak tu...i2 bukti si dia stia???

Bg pihak lelaki....hipokrit i2 sgt mudah... =)

"Bila dkat...slalu jmpa...date...best giler...solat pun tggal sbb fhm2 ar...dah dok berkepit ngn gf tuh 24 jam....he,he....
Tapi jgn risau..aku tak ar bodo sgt...nk stia kt minah tu sowang jew... Bkn bley pcy....b4 ni pun dia slalu date ngn ex dia...
So...kt uia tuh....kn rmai girl...
Buat bodo jew...ngaku sngle kt awek2 tuh....
But ingt....INGAT... 2 jam skali..aku msti msg si minah poyo kt kampung tu...ye ar..spy dia sgka aku sntiasa rindu dia...
Curi ah mana2 ayt2 lelaki baik dlm internet tuh... Yg pnting...aku tak borink... Pegi mana2 pown ada yg sudi berkepit ngn aku w/pun dah nyata lg bersuluh kambing pown agi wangi dr aku...Wah,kah,kah.....".

Biasanya...after khwin bru lelaki brani tnjuk belang sbb dh tntu2 la...prmpuan tu nk tak nk kna ikut ckp dia...
Simple jew...

p/s: Girls...jgn sgka yg dok msg2 stiap 5 mnit utk tny khabar tuh bnr2 tulus cam anda... Wallahua'lam...


Ksimpulan disini...
Wahai wanita...
andai kmu mnyintai lelaki...jgn lah menyerahkan cinta mu kpdnya melebihi cinta mu pd parents n Allah...
andai kmu mrindui lelaki...jgnlah smpai kmu lupa kwajipan mu kpd Allah...
andai kmu mempercayai lelaki...jgnlah smpai kmu menyerahkan hdup dan maruah mu kpd mereka..ingat2 lah....

05 Disember 2010

19 Kelebihan Seorang Wanita..:-)

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.  Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki solehSeorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat2 rakaat solat dari wanita  yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 

01.  Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

02. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

03. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

04. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah denganpenuh rahmat.

05. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

06.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

07. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

08. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

09. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasadan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

13. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

14. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

15. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

16. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

  17. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. 

 18. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.  

 19. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah....

01 Disember 2010

kenapa perempuan cantik, pakai tudung?? (^^)

1.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK TUTUP AURAT...NAK TUTUP SELURUH RAMBUT DIA...
NAK TUTUP SELURUH DADA DIA...NAK COVER SEGALA2NYA

2.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA JAGA MARUAH DIRI DIA

3.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA CANTIK

4.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA

5.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA ANAK SOLEHAH

6.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA

7.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA HORMATI ORANG LAIN.

8.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG..ORG TENGOK DIA CANTIK. DAN
aDA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA

9.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT

10.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN

11.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK DAPAT PAHALA

12.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT

13.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA DAPAT MENJADI CONTOH PADA POMPUAN LAIN

14.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN JE YANG SUKE DIA

15.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DENGAR SURUHAN NABI

16.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI

17.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
RAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA..
JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA
JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..)
KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)

18.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN
DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAK Dan
TERUTAMA sekali DIA TUTUP AURAT SEBAB
DIA FAHAM DAN MENTAATI TUNTUTAN SYARIAT ISLAM
yang menyuruh agar sekalian perempuan MENUTUP AURAT MEREKA SEPENUHNYA
bukan ala2 kadar sahaja-janji x nmpak rmbut Firman Allah swt, Hai Nabi!

Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka.Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar DIKENALI (sebagai WANITA ISLAM) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)
"JADI POMPUAN DILUAR SANA BERAMAI-RAMAILAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUT PERINTAHNYA"

26 November 2010

rindu kat blog....

huwahuwa.....
rsenya dh lme dh aq x update blog ni seriously bzi gler skrg ni...
huhuhuhu..
sem bru ni amat memenat kn cz jadual padat...
yela ditambahkan dengan kelas tambahan lg...
hri sbtu pon ada kls tau...
uhuhuhuhuh...
sekarang ni pon aq dh mengalami homesick cz dh  hampir 3mgu xblik melaka..
uhuhhuuhhuhuhuhu....
memg rndu gler lah tat uma n family aq...
huhuuhuhuh
bler lah pat alik ni...
cadang nya nk blik 7/12 ni cz my beloved dad bufday so 1 family nk celebrate
then dorg sume soh aq blik so xthu lah nk blik ke x...
huhuuhuhuh
but hti aq ni dh ada tat uma...ahhahahaha
nk blik tp xblh lah plak cz mcm ada kls je...
uhuhhuhuuhhu..
emmmm xsure lah cm ne but aq memg dh homesick dah ni...
ahahhahahaha.....
ehhhmmmmm ok lah that all my blog..
nk buat assgment yg berlambak ag...

ni mood aq ari ni...huuhuhuhuhuhuhuhuh....
so saddddd....
                         

20 November 2010

kerajinan melanda!!!

wah!!!!
ari ni tok pertama kali nya aq memasak kt hostel...
hahahahha..
selama ni mls tol nk msk cz xde mse n bz nan kls jew...
hr jumaat ptg lak slu alik melaka...hahahahaha
but tok hri ni,aq memasak...
ihihiihih..
walaupon mskan tu simpel but ok lah..
hiihiihih..
tp msk mcm mane pon,aq still kne mkn nan bubur...
huuhuhuuhh..
aq msk lauk but mkn nan bubur...
org lain mkn nan nasi tp aq jew mkn nan bubur...
eeemmmmm xpe la..
2thun jew pon..
xla lme sgt kn...
ihihihihihih..
esk terpikir nak msk bebola daging...
hiihihihi..
bahan2 dah bli dh so bersedia lah tok memasak esk..
ihihihih...
to my fwen iaitu mira,thank cz tlg memsak + msk sme2...
hihiihihi..
memg sdp lah mskn td...
ahhahahha...
ok lah nk tdo lahh....
nite my blog....
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!!!!!!!

19 November 2010

hai,smlm xdpt nk update my blog ni cz pnt gler...
nk thu x g ane???
ahhahahahhaah...
semlm aq g uma intan cz ada wat mkn2....
but bukn uma saujana tau tp kt uma sewa intan..
intan,mira n ekin ada bawak byk sgt mknn tok aq,hidayai n lin
cz kteorg kn xpat alik beraya...
tp yang paling sedih adalah yai lah cz dy kn org kelantan..
kat kelantan kn klu beraya memg meriah so sdh lah dy xpat alik...
lgpon first time dy braya jauh dr family...
tp lin gak xkurang sedihnya cz dy mula2 pye lah exited nk blik,
last2 xjd cz kakak dy xjd alik kpg so dy terpaksa lah tgl tat hostel dy...
tp nasib baik ada mira,ekin n intan yg nk smbut rye hji yg kali ke2 nan kteorg...
ahhahahahahha....
dorg bwk makanan bukn main byk lg..
sampai x terlarat kteorg nk hbs kn...
hahahahhaha...
thank to korg yg sudi bwk makanan tok kteorg ni..
thank gak to yai n intan cz bg kteorg lepak n mkn2 kt uma sewa korg...
hihihihih...
korg sume memg kwn yg baik...
syg korg sgt2....
pape pon fwen 4ever k...:)


                      

                                nah!!!! ni tok korg...



                                     

17 November 2010

Beraya tanpa keluarga..

wawawawaa....
untuk pertama kali nya aq beraya di shah alam tanpa family tersyg...
sedih nya..
xpena aq beraya sorg2..
uhuhuhuhuhuh...
ni adalah pengalaman yang paling kejam dalam hidup aq..
uhhuuhhuh
yela,dah r rye sorg2 pastu dlm keadaan demam lak tu..uhuhuhuuh
spe x sedih lorh...uhuhuhuhu
betapa merana nya aq mcm ni cz xpena kene cm ni..uhuhuhuhu
pas ni xmau r stdy jauh2 ag..hahahah
tp aq xnk stdy tat melaka...
hhaahhaha..
aduiiiii!!!!!!
dugaan oh dugaan...hahahahhah
xpela,bersabar jelah dengan semua ni...:)
ok lah,mata ni dah xboleh bukak dah..
ngantok + penat gler mlm ni..huuhuhu...
ok bye my blog...hahahhaha...

15 November 2010

huwwwwwwwaaaaaaaaaa!!!!!!!!
demam n demam n trus demam...
bler mau baik demm lorh..
huhuhuhu....
td kol 4 ptg pas blik kls,terus solt n tido cz suhu bdn dh ke thap yg agk tgi...
huhuhuhu...
emmm ni nsb baik dh kurg sikit ni...
hope esk demm terus ok la..
dh r esk kne alik uma pakcik cz xpat blik melaka..
huhuhuhuh..
ingt nk g uma kwn tp ibu dh so alik uma pkck cz uma pkck bukn ada org pon..
but still sedih lah cz first time raya hji jauh dr family...
huhuhuhuhu..
cti rye hji 1 hri jew so ibu ckp xyah blik...
nti penat jew...
tp sedih lah...
huhuhhuhu..
klu dok hostel t kne tgl sorg2 cz sume org alik uma parent,jd aq kne lah dok uma pkck tat syeksen 16,shah alam...huhuhuhuhu...
xpe lah,nk wt cm ne..dugaan bljr jauh2...huhuhu..
tp yg xbest nya esk kls anatomi kne bersenam lak..hahaha..
bersenam n lari kt pdg tu xksh cz aq dlu kn dh biasa nan sukn.
but yg aq  kish cz aq dmm..
blh kew lri time demm n suhu yg tgi...hiihihih...
hope esk ok lah n xde lah dmm pns...
tp yg sedih lak,esk ada kls kol 8pg...hahahaha..
xpna lak ada kels kol 8 pg,ni first time kls kol 8pg..
so kne lah rjin2 bgun awl..hahahaha..
dh tu ptg lak hbs kls kol 5ptg...
aduuuuhhhhh!!!!!
sure esk pent gler2 rrrr....
ihhiihihihihih....

ayat-ayat power lepas kawin!!!!cam betul je..hhhhahahahah

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Lama lagi ke ke kt dalam nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit.

Telefon:
6 minggu: Baby, ada org call u nih..
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?
6 bulan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..
6 tahun: Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancang Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK..??

*ni just pengetahuan k...*

14 November 2010

cik selesema + cik demam telah memasuki kedalam bdn aq...huwahuwahuwa...
paling tidak dpt kuthn untuk tggung adalh cik selesema..huhuhuh...
ni sume ni akibat kne hujan 3hr berturut2 r ni..huhuhuhu..
eeeemmmmm,nk g kedai tp blum smpai uma,hjn dh turun lbt2...huhuhuhu
oooo xsggup aq nk smpan cik selesema ni dlm bdn...huhuhuhu
dh mkn ubt byk dh tp cik selesema ni xreti2 nk tgl kn aq...hahahahaha
bler la dy nk tgk kn aq ni...huhuhuhu
eeemmm spe2 yg ada tips tok bg cik selesema ni tgl kn aq,tlg2 r share k...hahahahah...
semoga esk aq dh baik dr cik selesema + cik demam ni...huhuhuhu

13 November 2010

emmm smlm x update blog pon cz xbpe chat..
ari ni nk luahkn perasaan r plak..hahahahah
emmmm bler lah aq nk sht mcm org lain ek..
tiap kli mkn msti munth2....
doc ni pon stu,bukn nk tlg  aq selesaikn mslah pemakanan aq ni,
aq ni dh xlrt dh nk msuk bilik air pas makn n menahan sakit perut cz pas mkn msti akn munth kmbli...
dh mcm org sakit BULIMIA NERVOSA pulak...
pdahal aq sakit lain...
sedih lah hidup macam ni....
kdg2 nk gak rse hidup macam org lain,xpyh makan ubat...
xpayah rse sakit..
nk mkn apa pon boleh...
emmm npk nya klu keadaan aq mcm ni berterusan,aq pye bdn akn jd tulg r cz mknn lgsg xleh msuk dlm bdn...huhuhuhuu...
ni aq alik melaka pon parent aq ckp dh npk susut bdn...
dorg pon makin tkot nk tgk keadaan aq yg terus mcm ni...
mana xnya,asl pas mkn je mesti destinasi aq akn terus ke bilik air cz loya n terus muntah..
dh mcm2 ubt dh aq mkin tok pulih kn sakit ni..
lgpon sakit ni msih bru lg menimpa aq so pd parent aq msh ada peluang tok sembuh tp dgn keadaan aq yg terus mcm ni,mcm mne lah nk sembuh...
aq nk sgt jd org lain yg mkn je apa yg dy nk n xperlu rse sakit...huhuhuhu..
eemmmm mcm mne lah nk selesaikan masalah aq ni..uhuhuhhu

11 November 2010

yes,dh ada kt melaka...
bru sampai td kol 8mlm..
huhuuhuh....
tp kn,hri ni xbpe cht lah..
kpla asyk skit je..
huhuhuhu
semoga hri esk lbh baik....
ok lah nk tdo lah..
xlrt nk taip byk2 n pnjg2...
hiihihihihi
gud nite my blog...:)

09 November 2010

BOSANNNNNNNN!!!!!!!

aq bosan nya ari ni cz mentor ckp dh start kls tp lgsg xde..huhuhuhu
kls start ari khamis so esk pn aq akn mnggung kebosanan...uhuhuhuhhu...
dh la kt hstel ni xthu nk wt pe..huuhu
dh mcm dok dlm pnjara dh..hihiih
nk blik mlaka tp lusa dh ada kls...
pusing kepala memikirkan apa yang patot buat esk...
tp memg rse nk sgt blik melaka...
rindu lah tat family..
dh 1 buln menetap bersama,ni tbe2 kne alik shah alam..
sapa yg xrindu lorh...huuhuhuhuhuuh
pape pn aq kne belajar tok hidup jauh dr family cz aq kne stdy tol2..
klu aq stdy tol2,x r lme aq berada tat shah alam ni cz aq nk wt LI t kt melka..
jd dh dekt nan family...ihihihihih
klu aq stdy main2,mkne nya lme ag r kt shah alam cz nk kne repeat ag...uuhuhuuhu..
semoga aq akn berjya dlm peljaran n hbs dlm mse 3thun gak (xlbh n xkurg)..uhuhuhhu

08 November 2010

Kegembiraan!!!!!!!!!....:D

seronoknya hri ni...
aq bersyukur sgt2 krana ari ni aq dpt result final exm sem 1 dgn cemerlang...
alhamdulillah aq dpt PRESIDENT'S LIST tok sem ni..
aq nk ucapkn berbyk2 terima ksh kpd sume lecturer yg byk membantu aq....
wt kwn2 yg jge byk membantu,terima kasih sgt2...
buat family tersyg especially to my parent,
ni hadiah tok ibu n abah...
insyallah,angah akn cbe tok dpt kn yg lebh baik shgga thun akhir k...
ibu n abah doakn angah berjye dunia akhirat k....
xlpe jge kpda yg tersyg,thank 4 everything dear....
thank cz abg byk support ika dlm study but jgn lpe bg nset yg di jnji kn k...ahhahahah

                                                     

                                               
             
                                      

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..(KHAS UNTUK KAUM ADAM/LELAKI)

Dahsyat sungguh perempuan ni...
Banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat.
Ye ke!!!tak sempat bagitau?silakan baca. 

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius kerana ia boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. 

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

 22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

 27. Senjata wanita adalah airmata!! 

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu .  :-)